SPRM kunjungi beberapa lokasi terowong dasar laut

0
9

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa dokumen selepas berkunjung ke beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki dipetik sebuah portal online berkata, pihaknya juga dalam masa yang sama telah merakam percakapan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan terhadap projek mega berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kes berkenaan meliputi semua aspek dan secara adil.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada pasukan siasatan telah menemukan bukti-bukti baharu dalam proses siasatan.

“Biarlah kami jalankan siasatan secara terperinci dan mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti yang didakwa,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini