Melayu punca negara tak maju, Tun M

0
26
(FILES) This file photo taken on June 21, 2003 shows then-Malaysian prime minister and president of ruling party United Malays National Organisation (UMNO), Mahathir Mohamad, gesturing while delivering his closing speech at the UMNO general assembly in Kuala Lumpur. Former Malaysian premier Mahathir Mohamad has quit the ruling party UMNO in protest over the leadership of his successor Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, his son said on May 19, 2008. AFP PHOTO / FILES / Jimin LAI (Photo credit should read JIMIN LAI/AFP/Getty Images)

CYBERJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik masyarakat Melayu dengan menyifatkan budaya kaum itu sebagai punca mereka ketinggalan sekaligus membantut proses kemajuan.

Katanya, kaum Melayu bersikap tidak baik seperti tidak komited, tidak rajin, kadangkala kurang amanah dan sering mencari jalan mudah dalam bidang pekerjaan.

“Saya percaya kebolehan Melayu sama dengan orang Eropah dan orang Jepun tetapi masalahnya adalah budaya.

“Kita suka bila kerja sikit tapi gaji besar. Bukannya sebab kita tidak boleh tapi sebab kita tidak mahu. Ini masalahnya,” katanya ketika menjadi ahli panel pada program Bicara Wawasan 2020.

Beliau berkata orang Melayu harus mencontohi budaya orang Jepun yang rajin bekerja dan malu dengan mutu kerja yang tidak memuaskan.

“Untuk menjadi negara maju, kita kena bekerja lebih kuat dari negara maju. Kalau kita lari, kita kena lari lebih pantas dari orang lain. Tetapi di Malaysia mempunyai terlalu banyak cuti umum. Menang bola pun cuti,” katanya.

Beliau juga memberi contoh satu peristiwa ketika menjadi menteri pelajaran apabila mendapati ada kakitangan yang pulang kerja lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

“Semasa saya jadi menteri pelajaran, saya dapati ada kakitangan yang balik seawal jam 3.00 petang. Saya tanya ketua setiausaha, ‘kenapa kakitangan balik jam 3.00 petang?’. Jawapan yang diberikan adalah untuk elakkan kesesakan trafik.

“Kita seharusya mesti menyampaikan sesuatu perkara itu dengan baik supaya tidak merasa malu, dan dengan itu kita boleh merasa bangga,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini