Lagu Boy Iman ditujukan untuk pengkritik, semakin dikecam

0
31

September tahun lalu heboh tentang kes dakwaan penipuan projek rumah mampu milik yang dilakukan oleh pelakon era 1990-an, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahmansehingga mengakibatkan dia ditahan polis untuk disiasat beberapa kali.

Selepas beberapa bulan khabarnya tidak kedengaran Boy Iman tiba-tiba muncul dengan lagu bertajuk ‘Malas nak layan’.

Lagu yang dicipta oleh KRU Studios berkisarkan tentang bagaimana dia menghadapi kecaman dan kritikan netizen. Ada juga dalam liriknya dia menyebut “Apalah nasib.

Netizen rata-ratanya mengecam lagu yang dinyanyikan oleh Boy Iman itu.

“Hahaha…xyh tgk klau rse loya meluat..y komen negatif pn ngai…xyh tgk ler klau dh thu die mcm ,dh xmnt xyh tgk..#bodotakhabis,” kata Mok Gemok.

Tidak kurang ada juga yang menyifatkan video klip lagunya itu tidak berkualiti.

“Dia buat video klip bodoh kat tepi sek anak…opis dia…#boyimanLantoii,” ujar Mokhtar Eby Shahrin Raja Noor Azlin.

“2 3 hari nie saya heppi sangat dgn keluarga.ceria sangat2..tiba2 jer tengok bideo nie,terus rasa kemurungan..,” kata AdzLan ShamSuddin.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini