Farid Kamil & Sofi Jikan ‘layan’ Bigo Live

0
25

SHAH ALAM: Umum sudah tentu maklum tentang perkembangan terkini yang berlaku kepada pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil.

Beliau kini direman selama empat hari sejak Jumaat untuk siasatan terhadap dakwaan menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam.

Selepas berita penahanannya itu,tersebar meluas di media sosial video Bigo Live Farid Kamil bersama seorang lagi pelakon Sofi Jikan yang dikatakan berlaku sebelum tindakan kasarnya terhadap polis.

Di dalam video 6 minit 29 saat itu, Farid menjawab beberapa soalan daripada peminat.Netizen berpendapat bahawa Farid seperti lalok di dalam video berkenaan apabila dia kelihatan agresif dan tidak berhenti bercakap.

“Mata soned,” kata M E L Z E D E X Official.

“Gigi kacip….Erm polis dah cakap bawah pengaruh dadah…Aduh tak nmpk ke dia agresif lain mcm kat Bigo Live… Cakap tak berhenti… Gigi kacip.. erm sayang sungguh,” ujar Nor Azura.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Farid Kamil terpengaruh dengan Sofi Jikan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini