Doktor palsu aniaya pesakit kencing manis

0
21

Kaki pesakit kencing manis melecur teruk angkara doktor palsu, demikian dedah anak mangsa menerusi Twitter baru-baru ini.

Ikhwal berkata, bapanya tinggal seorang diri di rumahnya di Rawang, diperkenalkan dengan doktor palsu ini oleh rakannya.

Memandangkan tiada sesiapa yang menjaga dirinya, mangsa kemudian bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan ‘doktor’ berkenaan.

“Ni nak beritahu sikit, lelaki ini adalah doktor palsu. Dia menyamar menjadi doktor peribadi, jaga ayah saya. Kemudian dia menyuruh ayah saya merendamkan kaki dalam air panas,” tulis Ikhwal di Twitter yang kini telah dikicau semula lebih 9,000 kali.

“Ayah saya itu, sudahlah menghidap penyakit kencing manis, kaki dah kebas. Sampai masak kulit kaki. Kemudian doktor palsu itu lari. Area Sungai Buloh/Rawang.

“Mula-mula, kawan saya saya yang sarankan ‘doktor’ itu. Kemudian ayah saya okey sajalah sebab tak ada sesiapa yang menjaga dia di Rawang. Mak di Kelantan, jaga adik yang bersekolah. Adik beradik yang lain semuanya sibuk. Saya pada masa itu di universiti. Jadi, ayah saya pun setuju sajalah,” katanya.

Tambahnya, doktor palsu itu menyuruh ayahnya merendamkan kaki di dalam air panas sehingga kakinya melecur.

“Selepas itu, doktor palsu berkenaan menyuruh ayah saya merendamkan kakinya di dalam air panas.

“Semasa merendamkan kaki, ayah saya dah kata pada doktor palsu itu yang kaki dia terasa panas (sebelum ini kaki kebas tak rasa apa-apa sebab kencing manis). Tetapi doktor gila itu cakap tak apa, rendam lagi. Memang gilalah!

“Akibatnya, kulit kaki ayah saya ‘masak’. Doktor itu lari terus. Kemudian kawan ayah saya yang lain tolong hantar dia ke Hospital Sungai Buloh ini.

“Harap-harap dia tangkap oleh polis segera sebelum orang lain terkena. Manusia seperti ini langsung tiada perasaan, bodoh sangat-sangat,” tulisnya.

Twitnya itu mendapat perhatian ramai netizen dan di retweet oleh 32,000 pengguna aplikasi tersebut.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini