Berlapar, hilang dompet kerana ‘sombong’ dengan kucing

0
18

Enggan memberikan makanan kepada kucing, tidak mahu membantu kawannya membelikan nasi untuk haiwan yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW, Soul Bucker berkongsi cerita balasan yang diterimanya.

Menerusi perkongsian di Facebook Zoul berkata dia terpaksa menunggu bantuan dan berlapar selama lebih tiga jam selepas kehilangan dompetnya dan tiada wang sesen pun di sebuah di hentian Rehat dan Rawat (RNR) menuju ke Melaka.

“Pengajaran yang Allah tunjukkan cash. Pagi tadi sarapan, kerani aku kirim beli nasi untuk kucing. Tapi aku terlupa dan buat tak endah. Alaa, kucing je kot? Lapar agaknya kucing itu.

“Bila sampai di RnR, wallet aku hilang! Jadi aku pun tersadai di RnR ini. Nak patah balik, minyak kereta tak cukup. Nak keluar tol, Touch n Go tak cukup. Nak makan, beli mineral water pun tak mampu, duit tak cukup.

“Kau bayangkan, aku terperangkap di sini dan tak boleh buat apa-apa. Kad bank tak ada, duit tak ada, kad kredit tak ada, minyak kereta tak ada, semuanya tak ada secara serentak beb! Aku call kerani di office, wallet aku tak ada. Call isteri di rumah, wallet aku tak ada. Lagi stress, wallet tercicir, habis jahanam!,” katanya.

Selepas itu sambil menunggu bantuan daripada rakannya yang hanya akan tiba tiga jam, Zoul menunaikan solat.

Zoul berasa sangat bersyukur selesai solat dia mendapat panggilan telefon bahawa ada yang menemui dompetnya.

“Aku call minta bantuan budak-budak office, diorang boleh sampai dalam masa tiga jam. Yelah, di lebuhraya jauh beb. Kau rasa pitam tak nak tunggu tiga jam dengan tak makan?

“Allah tarik nikmat aku sekejap. Dia beri aku lapar 4-5 jam. Aku cuma mampu tengok orang makan minum. Aku dah macam seekor kucing yang lapar meminta ehsan orang. Ya Allah, azabnya. Menggigil aku kelaparan. Nak beli air pun tak mampu,” katanya lagi yang berharap kisahnya itu dijadikan pengajaran.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini