Susu tinggi gula, anak ‘hilang’ semua gigi

0
4

Ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak sejak dari kecil. Selain menghindarkan makanan yang mengandungi terlalu banyak kandungan gula, ibu bapa juga dalam masa yang sama perlu mengambil berat soal penjagaan gigi anak dari peringkat awal pertumbuhan giginya.

Apa yang berlaku jika ibu bapa abaikan penjagaan gigi anak-anak? Kesannya seperti dalam gambar yang dikongsikan oleh Doktor Hannani Murni di Facebook.

“Ini saya sajikan, gambar gigi pesakit saya yang baru berusia tiga tahun. Gigi dah semuanya rosak! Semua, okay!,” katanya.

Kata Doktor itu lagi, kanak-kanak tersebut mengakui anaknya mengambil susu yang tinggi kadar gulanya setiap hari.

Tambahnya, sepatutnya ibu dan bapa memilih dan mengawal pemakanan khususnya pengambilan susu anak khususnya yang tinggi kadar gulanya.

Kadar gula ini dalam susu bukan sahaja mengakibatkan gigi kanak-kanak rosak malah dalam masa yang sama boleh mengundang penyakit yang berbahaya.

“Orang yang jual benda itu kadang-kadang hanya mahu menarik pelanggan saja. Berapa percent kurma dia letak. Kurma itself sudah cukup manis, tambah gula lagi? Mana anak tak ketagih gula? Kasihan anak ini, hari-hari menangis sebab gigi sakit,” ujarnya.

Dengan senang sahaja ibu kanak-kanak itu mahu menggunakan jalan penyelesaian untuk mencabut semua gigi anaknya.

“Itulah doktor, saya ingat nanti saya cuti nak bawa datang ke sini. Nak cabut gigi dia semua ini,” kata maknya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini