Upgrade data 6GB saja, tapi kontrak ditukar jadi 8 tahun

0
25

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati suaminya terikat dengan kontrak 8 tahun dengan Digi, sedangkan mereka tidak tahu menahu mengenai kontrak tersebut.

Perkara itu hanya diketahui selepas lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk beralih ke perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang lain kerana kecewa dengan tahap perkhidmatan yang sedia ada.

Apa yang menjadi persoalan ialah, pelanggan berkenaan tidak dimaklumkan mengenai kontrak tersebut semasa perunding perkhidmatan syarikat berkenaan menghubunginya menawarkan peningkatan data tambahan 6GB secara percuma. Malah, tiada sebarang surat hitam putih yang dihantar kepadanya.

“Difahamkan kontrak itu bermula pada 12 Julai 2016, kira-kira 16 bulan yang lalu di mana suami menerima panggilan telefon dari perunding perkhidmatan Digi yang menawarkan upgrade. Ini bermaksud, tempoh kontrak yang sebenar adalah 96 bulan, bersamaan dengan 8 tahun.

“Selepas melihat gambar yang dihantar kepada saya, di mana kakitangan telco berkenaan menunjukkan kepada suami tentang butiran pakej tersebut, saya menyedari bahawa pakej itu terikat dengan kontrak yang lama semata-mata untuk add on 6GB secara percuma. Ya, tambah 6GB dalam langgan anda secara percuma, maka dapatlah kontrak 8 tahun,” kata Julie Anne
menerusi Facebook.

Lebih malang tambahnya, pelanggan tidak diberitahu tentang peningkatan araf tersebut menjejaskan kontrak pelanggan bersama syarikat telco itu, lebih buruk untuk pembatalan Digi mengenakan denda RM200 pula.

“Pelanggan juga tidak dimaklumkan mengenai kontrak tersebut, mahupun menerima sebarang surat hitam putih mengenainya. Selain itu, tidak dinyatakan dalam laman web mereka dan yang sewaktu dengannya.

“Setelah membuat semakan di internet, pelanggan yang mahu membatalkan kontrak itu perlu membayar RM200. Wow! Sudahlah mereka tidak memberi perkhidmatan yang sewajarnya kepada kami seperti yang dijanjikan, apabila suami nak beralih ke perkhidmatan telco yang lain (kerana perkhidmatan mereka tidak memuaskan dalam menangani isu ini), kami pula yang perlu membayar mereka?,’ tegasnya.

Namun demikian suaminya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memanjangkan isu ini kepada Digi Helpline dan akhirnya kontrak dengan syarikat telco itu dibatalkan.

“Selepas kami berbincang, suami buat keputusan untuk menghubungi Digi Helpline. Saya nasihatkan dia untuk buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CFA dan Tribunal Pengguna jika perlu. Dan dia buat semua itu,” tambahnya.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini