Pelakon ‘Datuk’ lempang polis trafik dikecam

0
59

Belum pun beberapa sehari berita penahanan seorang pelakon yang bergelar Datuk ditahan kerana bertindak di luar kawalan menampar polis trafik, pelbagai reaksi daripada netizen yang tercetus.

Antaranya ada yang mengecam tindakan pelakon itu yang tidak selari dengan pangkat yang baru sahaja diterimanya.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelakon ‘muda’ itu tidak sepatutnya menerima penganugerahan Datuk baru-baru ini.

“Mohon tarik balik darjah DATUK tur.. buat malu aje dgn gelaran….,” kata Rostam Zulkifli.

“Dia ingat dato beli dia tu beso sgt kutt..,” ujar Edy Miza .

Terdahulu dilaporkan bukan sahaja seeorang pelakon malah pengarah lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, jam 1.20 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu berkata, ‘Datuk’ berusia 37 tahun itu telah menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.

Ekoran kejadian itu, pelakon dan pengarah terbabit terus ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini