Miskin sebab tak ada Smiggle

0
16

Semakin ‘berada’budak sekolah padamasa ini kan. Ianya terbukti dengan luahan seorang ayah yang berkata anaknya dikatakan miskin kerana tidak memiliki barangan yang menjadi tren pada masa ini iaitu Smiggle yang mahal tu.

Menurut Hazrezal Ahmad dia berasa sedih kerana anak-anak yang baru sahaja bersekolah rendah sudah dipupuk oleh ibu bapa mereka mengguanakan barangan mahal.

“Selepas mendengar si anak mengadu, aku barasa sedih. Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.

“Ibu bapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah,” katanya semalam menerusi luahan yang dimuatnaiknya di Facebook.

Tambahnya, sebenarnya bukan anaknya lah yang miskin kerana tidak memiliki barangan mahal itu sebaliknya yang miskin minda ibu bapa kanak-kanak yang tidak mengajar anak mereka tentang persepsi dan penilaian luaran yang bercanggah dengan yang sepatutnya.

“Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana takda Smiggle, sebenarnya ibubapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda.

“Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan takda Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.

“Lama kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara,” ujarnya.

Perkongsiannya ini mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju dengannya.

Terkini lebig 2,000 pengguna Facebook berkongsi luahannya itu.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini