SPRM terima senarai calon untuk disaring

0
82

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan menerima senarai calon parti politik untuk saringan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

walaubagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, enggan mendedahkan parti mana yang berbuat demikian.

“Mungkin mereka belum serah senarai kepada SPRM kerana calon parti politik berkenaan masih dalam penelitian pucuk pimpinan.

“Parti politik mana yang serah tidak perlu dimaklumkan… biarlah rahsia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya yakin lebih banyak lagi senarai calon akan diserahkan dalam tempoh terdekat.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini