Rajinikanth lawat PM

0
27

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth yang baru sahaja tiba di negara.

Beliau menerusi posting Twitternya meluahkan rasa gembiranya dapat bertemu dan meluangkan masa dengan Rajinikanth.

“Sangat menggembirakan dapat bertemu Thailava @superstarrajini lagi hari ini. Kali ini di Malaysia. Nikmati masa anda di sini,” katanya.

Thalaiva dalam bahasa Tamil bermaksud ketua atau dirujuk sebagai bos dan legenda yang menunjukkan tanda hormat kepada seseorang individu.

Aktor berusia 68 tahun itu tiba di Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri Festival Natchathira Vizha 2018 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Rajinikanth bakal menyertai 250 penggiat industri hiburan Kollywood termasuk Kamal Haasan dan artis tempatan untuk bertemu kira-kira 30,000 penonton dalam acara yang dijangka berakhir jam 10 malam nanti.

Beliau berkunjung ke Malaysia buat kali pertama pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali yang turut menyenaraikan aktor tempatan seperti Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.

Dalam lawatan terbabit, Rajinikanth yang baru mengumumkan penyertaannya dalam politik dengan menubuhkan parti baru, turut menyatakan hasratnya bertemu Perdana Menteri.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini