Pemimpin bahagian PPBM buat laporan polis selepas diugut kritik AGM

0
30

SHAH ALAM: Selepas PPBM Temerloh, satu lagi bahagian parti itu membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang berlaku Sabtu lalu.
Ketua Pemuda PPBM Kuantan, Mohd. Asyraf Muhammad Asri berkata dirinya menerima ugutan dan hinaan ahli-ahli parti selepas mengkritik AGM itu yang disifatkan tidak memberi ruang kepada wakil bahagian untuk menyuarakan pandangan masing-masing.
“Kritikan itu dilakukan berlandaskan perjuangan parti yang kononnya adalah demi rakyat. Saya ingin tahu di mana letak Islam dalam perjuangan parti?
“Apabila saya melakukan kritikan ini, ramai ahli Pemuda PPBM meloncat marah dan mencaci saya. Adakah ini sikap pejuang rakyat?,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Mohd. Asyraf memaklumkan dirinya menerima ugutan menerusi aplikasi Whatsapp dan posting di Facebook.
Katanya, dia menuntut pihak yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka sebelum mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini