Malaysia tidak terhutang budi

0
14
Deputy Minister of Finance Datuk Johari Abdul Ghani

PUTRAJAYA: Malaysia tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak dalam penyelesaian bayaran penuh seluruh hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penyelesaian hutang berkenaan.

“Kita tidak pernah terhutang budi dengan sesiapa pun,” katanya ringkas kepada soalan media berhubung laporan sebuah portal mengenai spekulasi pelupusan aset 1MDB kepada syarikat China, membantu mengumpul dana untuk membayar hutang AS$602.7 juta (RM2.44 bilion) kepada IPIC.

Terdahulu, Johari melancarkan sistem e-Perolehan baharu, bermula 1 Januari ini, di sini hari ini.

Syarikat pelaburan strategik negara itu pada Rabu lalu mengumumkan, menurut Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, 1MDB sudah membayar penuh kepada IPIC, bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.

1MDB perlu membayar kira-kira AS$600 juta (RM2.43 bilion) kepada IPIC menjelang 31 Disember ini, sebagai sebahagian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui pada April lalu.

Pada 24 April lalu, 1MDB dalam satu kenyataan mengumumkan syarikat itu dan IPIC bersetuju dengan penyelesaian prosiding timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini