Sanggup berenang di laut demi jual aiskrim

0
26

Kegigihan mencari rezeki sehingga sanggup berenang di Lautan Lian Filipina untuk menjual aiskrim, kisah ini mendapat perhatian ribuan netizen di laman sosial.

Kisah dan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Abbey An Hernandez di Facebooknya, menceritakan betapa hatinya tersentuh melihat kegigihan lelaki berusia itu menjual aiskrimnya demi mencari sesuap nasi.

“Apabila saya mula melihat dia mula menjualnya, terus saya membeli aiskrimnya,” katanya.

Perkongsian Abbey itu disukai 36,000 pengguna Facebook dan telah dikongsi semula lebih dari 37,000 kali.

“Lebih besar maruah diri daripada orang yang merompak. Duit mahu tetapi kerja tak mahu. Harap-harap para peragut, perompak, penyamun, penipu baca kisah lelaki ini.” kat Marwenddy Enddy

“Semoga Allah mempermudahkan usahanya. Biarpun andai dia bukan Islam, tetapi tetap hambaNya.” menurut Cik Zah Azizah

Subhanallah, ada orang yang lebih susah dari kita. Semoga Allah murahkan rezeki hambaNya.” tambah Jamlos Sanip

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini