Gantung diri dua jam selepas kahwin

0
40

Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya selepas diapaksa berkahwin dengan bekas isteri kepada mendiang abangnya.

Kisah yang menjadi sebutan netizen itu melibatkan remaja bernama Mahadev Das, menggantung dirinya sehingga mati hanya dua jam selepas berkahwin dengan Ruby Devi, 25 tahun di Gaya, Bihar, India.

Bapa mangsa, Chandreshwar Das, 80 sendiri kemudiannya mengakui anaknya itu tidak rela berkahwin dengan ibu kepada dua orang anak yang pernah menjaganya sejak dari kecil dan menganggap Mahadev seperti anaknya sendiri.

Bagaimanapun, ibu bapa Ruby menuntut keluarga bekas menantu mereka menyerahkan kesemua wang pampasan itu sebagai ganti rugi wang hantaran perkahwinan atau mengahwinkan adik mendiang Santosh dengan Ruby.

“Saya telah membayar Rs27,000 (RM1,714) ke akaun mereka dan memberi jaminan akan memindahkan bakinya kemudian. Tetapi mereka mendesak saya berkali-kali untuk menyerahkan duit itu atau mengahwinkan anak saya dengan Ruby,” kata Chandreshwar.

Perkahwinan kanak-kanak adalah dilarang di negara India, namun ada segelintir penduduknya masih mengamalkannya dan kebanyakan melibatkan remaja perempuan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada remaja lelaki itu yang menganggapnya sebagai mangsa keadaan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini