Sekelip mata nak hancurkan Malaysia, netizen menyirap dengan Jews News

0
159

Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis yang telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat sebagai ibu negara Israel.

Tidak lama selepasi itu Pengarang portal berita Israel, Jews News, cuba bermain dengan api apabila memuat naik berita mengenai ‘Tentera Malaysia Bersedia Untuk Main Peranan Membantu Muslim Di palestin’ disertakan dengan kapsyen ‘Kami boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat’.

Ianya ternyata mengundang amarah rakyat Malaysia. Netizen di Facebook seperti Engku Shaharin berkata, tentera Zionis Israel hanya berani menyerang rakyat Palestin tetapi takut untuk berhadapan dengan tentera Hamas. “Kau ibarat anak-anak kecil, yang penakut,” tulisnya membalas kenyataan persendaan berita berkenaan.

Sementara itu menurut Nur Ant Azalea pula, kenyataan itu seolah-olah memperlihatkan Israel takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

“Shame on u Israel!!, anda fikir anda boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat, hanya bermimpi…anda tiada apa-apa tanpa AS, hanya berani dengan anak-anak kecil dan wanita,” tegasnya.

Tidak cukup dengan itu anggota ATM sendiri yang memberi respon yakin dengan kemampuan ATM untuk membantu Palestin.

Walaubagaimanapun Sakariah Md Shah negara sepatutnya sentiasa berjaga-jaga dengan Israel dan jangan sekali-kali memandang remeh

“Jangan diremehkan bangsa yahudi ni..kite patut lebih berjage2..memg tuhan sengaje tinggalkn bangse yahudi ni untuk mengukur tahap jihad kite terhadap islam.jihad blh dlakukn dlm berbgai care..malaysia boleh!..,” ujarnya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini