Putus asa lagu terima jutaan DISLIKE, Aliff Syukri pujuk suami berduet pula

0
71

Umum mengetahui Pengasas produk D’Herbs Datuk Aliff Syukri baru-baru ini melancarkan single terbaru berduet bersama Sajat yang bertajuk ‘Abank Nak Tegur’.

Namun malangnya lagu tersebut yang juga tersiar di Youtube mendapat lebih 2 juta ‘Dislike’. Ianya kerana ramai yang tidak suka melihat Aliff berduet dengan Sajat.

Ekoran itu ada yang berpandangan di kalangan netizen khususnya yang berpendirian bahawa jika Aliff beduet besama orang lain khususnya isterinya pastinya lagu tu akan menerima sambutan.

Namun baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya Aliff meluahkan perasaannya mengakui memujuk isterinya tapi Shahida menolak.

“Bukan saya senyap, sebenarnya dah pernah minta banyak kali. Korang je yang tak tahu,” katanya.

Meskipun video lagu Abang Nak Tegur menerima banyak dislike, 240,823, dalam masa yang sama turut menerima 31,948 dan video itu telah ditonton 2,661,854 kali.

“Puas dah pujuk, tak tahu nak pujuk macam mana dah nak suruh Shahida feat lagu ‘Abang Nak Tegur’. Kalau boleh, nak suruh dia datang ke Spain.

“Yang, tolonglah yang. Bie dah tak tahulah, pening kepala. Dahlah buat kerja penat-penat, shooting sana sini, video di YouTube tu orang asyik dislike je.

“Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie. Tak tahu apa masalah dengan diorang,” tambahnya yang mengaku dah berbelanja banyak untuk video clip lagu itu.

Namun demikian Datin Shahida pula berkata, dia akan mempertimbangkan rayuan suaminya itu.

“Pandai tau dia guna Lisa Surihani untuk pujuk saya. Nasib baik Lisa comel. Nanti kita fikir-fikirkan dulu ya, nak nyanyi ke tidak,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini