Jangan boikot semusim, tumpukan derma pembangunan Islam, kata netizen

0
13

Satu dunia baru-baru ini digemparkan dengan oengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa ibu negara Israel adalah Baitulmaqdis.

Ekoran itu satu dunia khususnya negara Islam termasuklah Malaysia sendiri menyuarakan bantahan terhadap pengumuman yang disifatkan sebagai ‘haram’ itu.

Muncul kembali seruan ramai netizen untuk memboikot produk yang dikatakan memberi bantuan dana kepada Israel yang salah satunya adalah McDonald Malaysia.

McDonald’s Malaysia kemudiannya tampil menafikan dakwaan palsu yang mengatakan kononnya pihaknya ada menyalurkan dana kepada Israel.

Menerusi satu posting di Facebook rasminya pada Sabtu, McDonald’s Malaysia juga sempat menzahirkan rasa kecewa mereka apabila ada seruan untuk memboikot restoran mereka.

“McDonald’s Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu di media sosial pendapat netizen yang salah satunya menarik perhatian Massa Tv.
Hafiz Harun berpendapat bahawa seringkali isu seperti negara Islam ini hangat diperbualkan, boikot terhadap produk yang dikatakan datang daripada Yahudi sekalipun memberikan dana kepadanya hanya akan berlangsung untuk satu tempoh tertentu sahaja.

Hafiz dalam pada itu menyeru kepada semua muslim dalam negara agar melebihkan tumpuan bantuan terhadap pembangunan negara Islam atau pembangunan ke arah agama menerusi derma kepada pihak tertentu secara konsisten berbanding boikot yang hanya sementara.

“Nak mkn McD,kfc,pepsi,coke dan segala produk yahudi boleh asalkan ia nya halal mengikut syarak, tak payah la nak boikot memboikot secara “bermusim” sbb ko tak mampu nak elak,dunia sekarang dikuasai mereka, tapi hulur la lebih sikitt untuk Pembangunan Islam, jangan berkira sangat nak bagi derma kat masjid, dan cuba la mendaftar sebagai pencarum di mana-mana NGO seperti Aman Palestin, Muslim Care or Mercy Malaysia.. Insyaallah Allah akan tolong hambanya yang berusaha dan terus istiqamah dalam menegakkan syiar Islam. Hidup lah mcm biasa je..,” ujarnya.

Namun tidak kurangnya juga netizen yang tetap marah terhadap McD dan menegaskan akan tetap memboikot kerana penafian itu disifatkan sebaga penipuan semata-mata.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini