Biar kemaluan cucu lima tahun digigit monyet

0
22

Seorang lelaki warga emas bertindak kejam akibat gagal mengawal kemarahannya terhadap cucunya yang baru berusia lima tahun.

Cucunya dipercayai mencuri duit miliknya akibat itu lelaki berkenaan telah bertindak nekad mendera kanak-kanak tersebut dengan membiarkan kemaluan cucunya itu digigit monyet peliharaannya sebagai pengajaran.

Itu lah yang berlaku di Desa Brambang, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia di mana kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis yang kini giat mencari bukti.

Kisah ini menjadi bualan ramai selepas sebuah video yang berdurasi kira-kira 6 minit 50 saat menjadi tular di sana dan menimbulkan rasa marah penduduk tempatan.

Berdasarkan video, kanak-kanak itu ditelanjangkan sebelum lelaki tersebut memegang tangannya dan membiarkan monyet peliharaannya mengigiti kemaluan kanak-kanak itu selain beberapa kawasan tubuh badannya sambil berulang-ulang kali meraung meminta maaf dan menahan sakit.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini