Ditetak bertubi-tubi, motor dilarikan

0
31

Seorang lelaki dilibas beberapa kali dengan parang oleh penjenayah yang kemudiannya melarikan motosikalnya dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak.

Dalam kejadian awal pagi semalam di stesen minyak Jalan Sulaiman Muar, Johor, mangsa, Ahmad Ainul Muqaffa, 20, yang bertugas sebagai juruwang bersama seorang pengawal keselamatan, didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal.

“Ketika berada di kaunter, saya melihat dua lelaki itu melulu ke arah pengawal keselamatan yang duduk di luar dan bertindak mengacu parang.

“Bagaimanapun, pakcik berusia 50-an itu tidak melawan dan dia tidak diapa-apakan. Mereka memberi amaran agar tidak bertindak yang bukan-bukan.

“Saya sempat menekan butang kecemasan apabila seorang penjenayah melulu masuk ke pintu kedai dan menerpa saya yang bertugas di kaunter,” katanya.

Video kejadian terdahulunya viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen.

LINK VIDEO: https://www.facebook.com/357582290930791/videos/1665541693468171/

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini