“Takpa dosa suami Mawar yang tanggung”, kata netizen

0
46

“Takpa dosa suami dia yang tanggung. Moga dia (suaminya) mampu mendidik ke arah yang lebih baik. InsyaAllah,” Itu antara respon sinikal netizen terhadap isu pelakon Mawar menari di majlis persandingannya Jumaat lalu yang menjadi viral.

Ramai yang melontarkan pandangan negatif terhadap Mawar yang menyifatkannya tidak tahu malu.

“Habislah! Nanti semakin menjadi-jadi pula trend pengantin perempuan menari camni di depan suami dan penonton,” kata Amran.

“Setuju. Dah tak macam dulu. Sekarang ikut trend. Selepas majlis resepsi, si pengantin terkinja-kinja seperti beruk.

“Nak jadi isteri ni, orang tunjuk skill nak jaga keluarga, maruah suami, jadi teladan anak-anak. Bukan tunjuk skill atas ranjang. Tolonglah perempuan lain jangan buat macam ni. Memalukan. Dah macam jual diri,” kata netizen.

Mawar walaubagaimanapun mempertahankan tindakannya itu dan merasakan ianya tidak salah dan sedar tidak semua pihak yang boleh menerima perkara yang dilakukannya itu.

Mawar dipetik sebagai berkata, niat dia hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, atau lebih dikenali sebagai Raff Yaakob.

“Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini