Pelajar pendiam bukan pemalu, rupanya…

0
46

Viral kisah seorang guru di sebuah sekolah yang tidak didedahkan tentang keprihatinannya terhada seorang pelajar lelakinya yang disifatkannya sebagai sangat pendiam.

Pelajar lelaki kaum Cina itu digambarkan sebagai susah untuk berkomunikasi dengan guru lain sehingga ramai guru yang berputus asa untuk mendekatinya.

Menggunakan nama akaun Twitter sebagai Orked, guru wanita itu merasakan sesuatu yang tidak kena terhadap pelajar lelaki itu apabila walaupun memindahkan kedudukannya daripada belakang ke hadapan kelas.

“..Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.

“Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia,” katanya.

Namun setelah berfikir panjang Orked merasakan tidak adil untuk mendeda pelajarnya yang bernama Kah Shzen apabila gagal membawa barangan keperluan seperti yang diarahkannya, kerana padanya sudah tentu pelajar itu ada sebab tidak mematuhi arahannya.

Setelah memberikan buku dan meminjamkan peralatan kelengkapan kepadanya, barulah Orked perasan perubahan Kah Shzen mulai positif.

“Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.

“Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.

“Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan,” katanya lagi.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini