Janda muda tawar kahwin kontrak

0
58

Menawarkan diri untuk kahwin kontrak dalam laman Facebook, seorang janda mnuda Siti Amiza Baharuddin, 22, tahun dikecam teruk oleh netizen.

Bukan hanya menawarkan habuan wang kepada suami untuk tempoh setahun dalam masa yang sama juga sanggup menanggung mas kahwin dan wang hantaran kepada pihak lelaki.

Namun begitu dia kemudiannya mempertahankan tindakannya itu dan berpendapat ia merupakan hak peribadi sambil mendedahkan kini dalam proses mencari calon suami selepas bercerai pada tahun lalu.

“Saya tertekan kerana keluarga meminta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya memuat naik status sedemikian untuk mencari calon idaman saya.

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di Facebook saya tidak mahu mengemas rumah dan memasak kerana tidak mahu dikongkong. Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya.

“Tetapi tindakan saya itu dikecam, namun saya tidak kisah,” katanya menerusi video yang dimuat naik 19 jam lalu.

Pada laman media sosial, rata-rata netizen menganggap tindakannya wanita tersebut seperti merendah-rendahkan ikatan perkahwinan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini