Batalkan tempahan kek, alasan bakal suami mati

0
19

Mahu membuat pembatalan tempahan kek tetapi mungkin segan untuk berterus terang, pelanggan yang merupakan bakal pengantin menggunakan alasan bakal suaminya meninggal dunia.

Itu kisah yang kelihatannya lawak kemudian menjadi viral, di laman sosial hari ini menerusi luahan pembuat kek di Facebook bernama Isaac Olswen.

“Tak jadi beli kek cakap je #CANCEL takpe.. abang tak marah pun, ni sampai menipu cakap bakal suami mati tak jadi kahwin.. kalau betol-betol Tuhan bagi dia mati tak ke awak melepas nak tumbuk sambal malam pertama nanti.

“Lagi lucu dia pergi order kek dengan member abang yang jugak bakers famous kat KB ni. Then member abang past kek tu dekat abang sebab tak boleh buat.. bila cek balik nama, Number phone dan gambar rupanya customer tu orang sama yang kematian bakal suami.. dia punya funny moment tu aku cuba tahan gelak sampai bergetar tulang rusuk..,” katanya.

Tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa pun, Isaac walaubagaimanapun menasihatkan agar pelanggan lain pada masa akan datang tidak perlu menggunakan alasan seperti itu sebaliknya hanya perlu memaklumkan dengan lebih awal kepadanya.

“Post ni takde niat nak malukan sesiapa. Cuma nak pesan pada next customer, nak cancel kek cakap je takde masalah pun janji bagi tahu awal-awal nak cancel.

“Tak perlulah menipu sampai kematian bakal suami. Kan elok kita doa yang baik baik aje.. and 1 lagi bakers kelantan ni semua kawan abang tau. Haaa seram lah tu selalu umpat abang dekat bakes lain kan… sebab lambat balas wassap. Ok lah dari tadi tahan gelak sampai nak terkincing dah ni.. abang bukan marah cuma nasihat,” ujarnya.

Postingnya itu menerima pelbagai respon netizen yang menganggapnya lawak.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini