MIAMI: Kira-kira empat dalam 10 jenis penyakit barah di Amerika Syarikat berpunca daripada gaya hidup seperti merokok, tabiat pemakanan buruk dan risiko lain yang boleh dielakkan, kata penyelidik.

Matlamat kajian itu adalah untuk mengenal pasti ‘sumbangan beberapa faktor risiko yang boleh dielakkan penularan penyakit berkenaan kepada barah.

Berdasarkan laporan jurnal CA: A Cancer Journal for Clinicians, mendapati antara faktor meningkatkan risiko barah termasuk merokok, perokok pasif, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol, memakan daging merah atau daging proses, kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurang mengambil makanan berserat atau kalsium, bersenam, pendedahan kepada cahaya ultra ungu dan jangkitan pemindahan seksual papillomavirus manusia (HPV) boleh menyebabkan barah serviks dan kemaluan, selain tumor di bahagian kepala serta leher.

Penyelidik menganalisis punca yang menyebabkan peningkatan risiko barah dan jumlah pesakit berkaitannya.

Saintis menggunakan data barah terkini itu bagi menganggarkan bilangan kes berkaitan dan kematian untuk 26 jenis barah.

Laporan mendapati, sebanyak 1.57 juta kes barah dikesan di Amerika Syarikat pada 2014 dan 42 peratus disebabkan faktor risiko yang boleh dielakkan.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini