KUALA LUMPUR: Kehadiran cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada Ahad lalu melengkapi keluarga kecil pelawak, Fad Bocey.

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 26, berkata kali ini isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman, 23, melalui proses bersalin lebih mudah berbanding ketika menyambut cahaya mata kembar pertama dulu.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.12 kilogram pada Ahad lalu dan isteri serta bayi berada dalam keadaan baik-baik saja.

“Rasanya, kali ini proses bersalin isteri lebih mudah berbanding ketika melahirkan anak kembar dulu.

“Kami cukup teruja apabila menatap wajah anak perempuan yang bakal menyerikan lagi kehidupan kami sekeluarga.

“Buat masa ini, kami belum memilih sebarang nama untuk si kecil, namun pastinya sudah ada beberapa pilihan di fikiran,” katanya.

Fad mengumumkan kelahiran anak ketiganya itu di laman Instagram miliknya, kelmarin.

Anak kembar lelaki Fad, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, dilahirkan pada 11 Disember 2015 secara pembedahan di pusat perubatan sama.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini