IPOH: Seorang pengarah syarikat dan seorang penyelia kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan memperdagangkan 18 pekerja warga asing bagi tujuan eksploitasi buruh paksa pada 2007 hingga September lalu.

G Baskaran, 64, dan penyelia kilang warga Myanmar, Soe Mynit, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Kedua-dua tertuduh didakwa memperdagangkan 18 pekerja asing warga Nepal, Bangladesh dan Myanmar berusia antara 18 hingga 41 tahun di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor di sini pada tahun 2007 hingga 7 September lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Baskaran turut dituduh mengaji pekerja tanpa permit sah.

Pendakwaan dijalankan Muhamad Fauzi Md Yusof dan Nurul Azariah Zaid manakala tertuduh diwakili S Suresh.

Hakim menetapkan jaminan RM100,000 setiap seorang tertuduh dengan penjamin dan menetapkan 6 Disember bagi sebutan semula kes

bharian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini