QUETTA: Polis Pakistan hari ini menemui 15 mayat mangsa culik dengan bekas tembakan berhampiran sempadan Iran, dipercayai laluan pilihan penyeludup manusia yang mengeksport pekerja secara haram ke Eropah.

Pesuruhjaya daerah, Bashir Ahmad Bangalzai memberitahu Reuters, mayat berkenaan ditemui di kawasan pergunungan di wilayah Baluchistan, 600 kilometer di selatan ibu kota Quetta.

Beliau berkata, dokumen dan barangan lain turut ditemui bersama mayat mangsa yang disyaki dalam perjalanan menuju Iran secara haram.

Menurut Bangalzai, semua 15 mangsa dipercayai berasal dari wilayah Punjab di timur Pakistan dan motif pembunuhan juga masih belum jelas.

“Kami sedang menghubungi ahli keluarga mangsa,” katanya.

Seorang pegawai polis bagaimanapun percaya mereka adalah mangsa penculikan yang dilaporkan hilang sejak selasa lalu.

Baluchistan terletak bersempadan dengan Afghanistan yang terkenal dengan keganasan malah sekian lama menjadi lubuk kumpulan pemisah militan yang mempunyai kaitan degan al Qaeda, Taliban dan militan Daesh. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini