KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi bagi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) yang mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit dilanjutkan selama 30 tahun, sehingga 2059.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata lanjutan tempoh konsesi berkenaan dibuat selepas kerajaan menolak permintaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menaikan tambang ERL sebanyak tiga kali.

“Kontrak ini akan tamat pada 2029, tetapi kita buat perjanjian awal pada 2002, telah ada satu sistem setiap lima tahun, harga tambangnya boleh disemak.

“Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, sepatutnya kita memberi pampasan tetapi kita panjangkan konsesi,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung isu konsesi ini.

Abdul Aziz berkata, selepas 2029, kerajaan tidak lagi akan membayar caj servis penumpang sebanyak RM5 bagi setiap penumpang kepada ERL dan bayaran kepada syarikat rel berkenaan bergantung kepada pasaran.

“Kerajaan sudah membuat perjanjian awal pada 2002 mengenai satu sistem harga tambang ERL boleh ‘review’ (disemak semula) setiap lima tahun.

“Apabila kita tidak benarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, kita sepatutnya beri pampasan tapi kita buat keputusan untuk panjangkan konsesi selama 30 tahun.

“Jadi selepas tahun 2029, kerajaan tidak akan membayar lagi dan selepas itu operasi dasarnya bergantung pada pasaran,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, MAHB sudah mengemukakan bayaran caj perkhidmatan penumpang (PSC) kepada ERL.

Katanya, dari 2002 sehingga September tahun ini, ERL sudah menerima bayaran keseluruhan PSC sebanyak RK741,234,295.

Katanya, jumlah penumpang ERL menunjukkan penurunan selepas berlaku kenaikan harga tambang pada 2016.

“Semenjak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang sebanyak 5.4 juta setahun. Pada 2015, terdapat peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 11.03 juta penumpang.

“Kesan kenaikan kadar tambang pada 2016 menyaksikan penurunan jumlah penumpang ERL sebanyak 19 peratus, kepada 8.9 juta penumpang.

“ERL juga mengalami kerugian selepas cukai terkumpul berjumlah RM661.34 juta pada 2016. ERL mengalami kerugian selepasa cukai enam tahun berturut-turut dari tahun kewangan 2009 hingga 2014,” katanya.

INFO

– Pembinaan ERL menelan kos RM2.2 bilion

bharian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini