KUALA LUMPUR: Keluarga Kwek/Quek dari Singapura dan Malaysia muncul keluarga ketujuh terkaya di Asia.

Menurut senarai 50 Keluarga Terkaya Asia Forbes 2017, nilai kekayaan bersih keluarga itu ialah AS$23.3 bilion (RM97.50 bilion).

Keluarga yang menguasai Hong Leong Group itu juga satu-satunya keluarga berpangkalan dari Malaysia berada dalam senarai 50 keluarga terkaya Asia itu.

Keluarga Ambani dari India berada di tangga teratas buat kali pertama dengan nilai kekayaan bersih AS$44.8 bilion (RM187.47 bilion) disusuli keluarga Lee dari Korea Selatan dengan kekayaan meningkat AS$11.2 bilion (RM46.87 bilion) kepada AS$40.8 bilion (RM170.73 bilion) tahun ini.

Nilai kekayaan bersih keluarga Ambani menokok AS$19 bilion berikutan saham dalam konglomerat milik Mukesh Ambani, Reliance Industries, meningkat tahun lalu disebabkan marjin keuntungan lebih baik dan peningkatan permintaan terhadap cabang telekomunikasinya, Reliance Jio.

Secara keseluruhan, India menikmati kehadiran terbesar buat pertama kali dalam senarai itu dengan 18 keluarga, disusuli Hong Kong dengan sembilan.

Nilai kekayaan bersih minimum untuk layak disenaraikan ialah AS$5 bilion (RM20.92 bilion), naik sebanyak AS$1.6 bilion berbanding setahun lalu.

Selain itu, kekayaan keluarga juga mesti berpangkalan di Asia dan kekayaan harus merangkumi sekurang-kurangnya tiga generasi.

“Hampir separuh keluar terkaya Asia ialah dari China, tetapi tidak satu pun disenaraikan tahun ini kerana mereka tidak berpangkalan di tanah besar, konglomerat yang masih muda, dikendalikan generasi pertama dan kedua yang mampu mengumpul berbilion dolar dalam kekayaan dalam ekonomi terbuka,” kata Forbes.

10 keluarga terkaya Asia:

————————

1) Ambani dari India; AS$44.8 bilion;

2) Lee dari Korea Selatan; AS$40.8 bilion;

3) Kwok dari Hong Kong; AS$40.4 bilion;

4) Chearavanont dari Thailand; AS$36.6 bilion;

5) Hartono dari Indonesia; AS$32 bilion;

6) Lee dari Hong Kong; AS$29 bilion;

7) Kwek/Quek dari Singapura, Malaysia; AS$23.3 bilion;

8) Cheng dari Hong Kong; AS$22.5 bilion;

9) Sy dari Filipina; AS$20.1 bilion;

10) Chirathivat dari Thailand; AS$19.3 bilion

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini