Jangan ramah dengan orang tak dikenali elak dipukau

0
9

Dipukau dan barang kemas dilarikan, itu cerita yang menjadi tular daripada Nurul Atika.

Ibunya dipukau di Banting baru-baru ini oleh dua perempuan warga Indonesia yang menyapanya di sebuah kedai roti.

Ia berlaku apabila salah seorang daripada mereka bertanyakan lokasi kedai toto dan kemudian tanpa disedari pada masa itulah ibu Nurul Atika dipukai.

“Dipendekkan cerita, mak aku tengah memilih roti. Perempuan A tanya mak aku, di mana ‘kedai toto’. Mak aku ingatkan perempuan itu bertnaya di mana kedai yang ada jual toto tilam itu. Rupanya perempuan itu nak pergi ke kedai toto (nombor) ekor sebab nombor dia ‘kena’ dan dia dapat RM200,000.

“Tiba-tiba perempuan B datang menghampiri mereka. Dia kata suaminya pemandu lori, so suami dia tahu di mana kedai toto. Masa itu mak aku dah tak ambil pusing dengan apa yang mereka bualkan. Tiba-tiba perempuan B itu menawarkan diri untuk membantu perempuan A itu pergi ke kedai toto untuk mengambil duit RM200K itu. Dia ajak mak datang sekali,” katanya.

Ibunya dan kedua-dua perempuan bersama dua lagi lelaki bersama mereka yang kononnya mahu menebus wang yang dimenangi di kedai toto berhampiran sebanyak RM200 000.

Namun sebelum menebus wang tersebut perlu memberikan ‘wang muka’ sebanyak RM20 000.

Justeru mereka dengan selamba meminta barang kemas ibu Nurul Atika yang turut memberikan secara spontan.

Ibunya pada akhirnya tersedar apabila tiba di CIMB bank yang kononnya tempat barang kemasnya sepatutnya digadai.

Setibanya berada di luar bank dia mendapati kereta yang membawanya bersama-sama dengan dua lagi wanita itu sudah tiada.

“Selepas beberapa minit, dia call mak dari nombor 016-6701964. Dia beritahu, pihak bank suruh mak masuk ke dalam bank sebab barang kemas itu milik mak aku dan dia kena sign sekian-sekian borang. Bila mak masuk bank, mak cari driver dalam bank itu tetapi tak ada. Mak keluar semula dari bank dan tengok kereta tadi dah tak ada. Bila mak cuba call nombor tadi, tak dapat dihubungi.

Barulah mak aku sedar yang dia telah ditipu. Bila buat laporan polis, periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Giant, suspek seperti sudah biasa dengan kawasan dalam Giant itu sebab mereka buat ‘kerja’ di tempat yang tiada CCTV. Ada lalu di tempat yang ada CCTV tetapi suspek tunduk dan mereka dipercayai warganegara Indonesia.

Mengikut rakaman CCTV selepas kaunter bayaran, mak keluar sampai ke parking seorang dan mak tak sedar pun pada masa itu. Sehingga sekarang mak aku masih ada benda yang dia ingat, ada benda yang dia lupa tentang kejadian itu.

Difahamkan ibunya telah membuat laporan polis dan polis sendiri telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pukau.

Nurul Atika menasihati orang ramai agar berhati-hati Berhati-hatilah supaya tidak mengalami perkara yang sama dengan ibunya kerana terlalu ramah melayan orang yang tidak dikenali berbual.

Jangan terlalu ramah atau melayan kalau ada orang yang tidak dikenali ajak berborak atau bertanya. Please beware of any kind of body contact (Tolong berwaspada dengan apa juga bentuk sentuhan atau pandangan mata). Seperti dalam kes mak aku, driver itu mulut herot, leher berplaster, ada part-part badan yang berbandage. Kami agak dia saja buat begitu agar mak aku akan kerap memandang dia sebab mak aku duduk di bahagian belakang tempat duduk penumpang. Mungkin dia pukau mak melalui pandangan mata,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini