KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan fasa kedua Latih Amal Percubaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, di seluruh negara bermula esok sehingga Sabtu ini.

Latih amal itu diadakan bertujuan sebagai persiapan pasukan untuk menghadapi PRU akan datang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata fasa kedua bertujuan menguji tahap keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam ketika hari penamaan calon.

“Justeru, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan gusar dengan pergerakan pihak polis.

“Latih Amal Percubaan PRU ke-14 ini akan diadakan di sekitar lokasi utama seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Latih amal itu meliputi semua elemen Jabatan KDNKA daripada peringkat Bukit Aman sehinggalah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta pasukan bantuan yang akan dikerahkan pada waktu yang diperlukan.

Ia membabitkan lima fasa utama latihan iaitu fasa sebelum pembubaran Parlimen, fasa penamaan calon, fasa tempoh berkempen kemudian fasa hari mengundi dan terakhir fasa pengumuman keputusan pilihan raya.

BHARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini