HUJAN lebat sejak tengah hari semalam menyebabkan 16 penduduk daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dilanda banjir di Kampung Juntai, Simpang Durian, Jelebu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, hujan kira-kira lima jam menyebabkan air Sungai Triang di kampung itu melimpah ke kawasan rendah.

“Penduduk dari enam rumah yang terjejas dipindahkan ke balai raya kampung itu secara berperingkat sejak 7 malam.

“Penduduk akan dibenarkan pulang apabila cuaca pulih dan banjir surut. Bagaimanapun, kita difahamkan paras air Sungai Triang masih berada pada tahap amaran,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, jalan masuk ke kampung berkenaan juga dinaiki air dan pihaknya dibantu pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam serta agensi lain akan terus memantau keadaan

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini