NEW YORK: Indeks saham Amerika Syarikat (AS) lebih rendah selepas harga saham GE menjunam untuk dua hari berturut-turut dan penyusutan dalam harga minyak memberi kesan kepada saham berkaitan tenaga.

Dow Jones Industrial Average jatuh 30.23 mata, atau 0.13 peratus, kepada 23,409.47.

S&P 500 susut 5.97 mata, atau 0.23 peratus, kepada 2,578.87.

Nasdaq Composite turun 19.72 mata, atau 0.29 peratus, kepada 6,737.87.

Harga minyak susut untuk hari ketiga dengan ramalan peningkatan pengeluaran minyak mentah AS dan tinjauan permintaan yang suram dalam laporan International Energy Agency (IEA).

Minyak mentah AS susut 2.55 peratus kepada AS$55.31 satu tong dan Brent pada AS$61.72, turun 2.28 peratus.

Kira-kira 6.73 bilion saham bertukar tangan. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini