LONDON: Bapa saudara Duchess of Cambridge Britain, Kate Middleton, mengaku bersalah atau tuduhan menumbuk muka isterinya ketika mabuk, bulan lalu.

Gary Goldsmith, 52, didakwa menumbuk Julie-Ann Goldsmith hingga jatuh di luar kediaman mereka di tengah London dan dibiarkan dalam keadaan separuh sedar pada 13 Oktober lalu.

Goldsmith adalah adik Carole Middleton, iaitu ibu Duchess of Cambridge.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan ketika hadir di Mahkamah Majistret Westminster.

Hukuman ke atas Goldsmith akan diumumkan mahkamah terbabit pada 21 November ini.

Ketua majistret, Emma Arbuthnot, mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman perintah komuniti berbanding penjara ke atas Goldsmith.

Tetapi saya sedang mencari jalan bagaimana untuk melindungi wanita ini (isteri) daripada lelaki ini,” katanya.

Sementara itu, mahkamah dimaklumkan bahawa pasangan terbabit mula bergaduh ketika berada di dalam sebuah teksi selepas menghadiri satu majlis amal, sebelum meneruskannya di hadapan rumah mereka.

Pendakwa raya, Kate Shilton, berkata Julie-Ann terjatuh selepas Gary melepaskan tumbukan menggunakan tangan kirinya, sambil disaksikan pemandu teksi, Daniel Shepherd.

“Selepas kedua-duanya keluar dari teksi, Shepherd melihat Julie-Ann menampar muka suaminya.

“Gary membalas perbuatan itu dengan menumbuk muka isterinya dengan tangan kiri, mengakibatkan Julie-Ann terbaring dengan mata tertutup kira-kira 15 saat.

“Ia menyebabkan Gary ketakutan dan cuba memujuk isterinya masuk ke dalam rumah,” kata Shilton.

Shilton berkata, Gary bertindak agresif ketika Shepherd menegur perbuatan itu, hingga mendorong isterinya mendesak pemandu teksi terbabit menelefon pihak polis. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini