Ajar remaja seks selamat halang dari mengandung, kata Syed Saddiq

0
25

Baru-baru ini sidang Dewan Rakyat membincangkan mengenai pembuangan bayi yang paling banyak adalah dari kalangan kaum Melayu.

Pelbagai respon telah tercetus mengenainya, tidak ketinggalan juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Abdul Rahman yang memuat posting di Twitternya yang mendapat perhatian.

Ketua sayap parti yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan itu mencadangkan tentang kepentingan pendidikan seks.

Tidak dinafikan tentang kepentingannya namun apa yang dikecam netizen adalah cadangannya untuk mengajar remaja untuk melakukan seks secara selamat tanpa mengakibatkan berlakunya kehamilan.

“Adalah tidak boleh dinafikan remaja-remaja sekarang makin bebas, ini this can’t be avoided (tidak boleh dielakkan ). Paling kurang kita mengajar mereka mengamalkan seks selamat dengan menghalang mereka dari mengandung,” katanya.

Sepatutnya mahu menjadi ikon anak muda khususnya di kalangan Melayu yang ramai menyokong parti itu, syed Saddiq tahu larangan dalam Islam tentang seks bebas. Itulah antara respon netizen.

Kau tak rasa dapat dosa sekali ke bila orang adakan seks bebas dari galakan kau,” kata REX Helmi.

Islam juga telah menyatakan cara untuk mengelakkan zina namun bukan dengan menggalakkan perbuatan hina itu namun Syed Saddiq disifatkan ‘bodoh’ kerana menjadikan kajian daripada universiti di luar negara yang jauh berbeza dari segi aspek agama dan norma adat di negara ini.

“Tuhan dah ajar cara nak selesaikan zina dia dok kalut buat pandai nak ikut Washington. eh awat bodoh sangat,” kara Husauini_najib.

“Kajian di University of Washington untuk dilaksanakan di Malaysia. Hmmmmm baguslah,” ujar Ayob b Tulakang.

Tidak kurang juga ada yang menjangkakan Ketua Armada itu akan menggalakkan pendidikan minum arak yang juga haram untuk Islam selepas menggalakkan seks bebas secara berhati-hati.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini