MOSCOW: Enam terbunuh selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di wilayah timur Russia, Khabarovsk, awal pagi tadi, lapor agensi media negara itu.

Menurut agensi berita RIA, pesawat L-410 itu dinaiki tujuh penumpang, termasuk dua anak kapal.

Bagaimanapun, seorang penumpang kanak-kanak dilaporkan terselamat, namun keadaannya dipercayai kritikal. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini