SERAMAI 440 warga asing ditahan hasil operasi ‘pembersihan’ Bukit Bintang oleh 267pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasaan dengan diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali bermula jam 4.30 petang, hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas 915 warga asing diperiksa dan 440 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen merangkumi empat kanak – kanak, 47 wanita dan 389 lelaki berusia empat hari hingga 50 tahun.

Mengulas lanjut mengenai operasi berkenaan, Mustafar berkata, meskipun hanya dua jalan iaitu Jalan Alor dan Changkat Bukit Bintang diberi fokus dalam operasi kali ini namun lebih 900 warga asing diperiksa.

“Agak sukar untuk mengepung kawasan seluas ini namun dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk JIM , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKl) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Tiada istilah Bukit Bintang ini kebal dari tindakan penguatkuasaan kerana kami sentiasa memerhatikan semua kawasan dan akan menyerbunya satu persatu,” katanya.

Katanya, melalui operasi bersepadu, rantaian kesalahan dapat diputuskan di mana JIM menahan warga asing manakala DBKL dan SSM mengambil tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan warga asing termasuk menyewa premis dan perniagaan milik rakyat tempatan.

“Semua yang ditahan pada hari ini diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) atas pelbagaj kesalahan termasuk salah guna permit kerja atau pelajar, tiada dokumen perjalanan dan tinggal lebih masa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 10:34 PM

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini