Viralkan pengasuh dera anak sebab tak bayar upah 3 bulan?

0
10

Kantoi tindakannya mengasari anak asuhan, pasangan suami isteri menyerang ibu kanak-kanak perempuan berkenaan yang telah bertindak memuat naik posting di Facebook.

Ibu kanak-kanak perempaun Rabiah Mohd Salleh, 30  mendakwa pengasuh yang diupahnya  tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik walaupun diberi bayaran sebaliknya mengasari sehingga lebam tubuh badan.

Kekecewaannya itu diluahkannya di laman Facebook dan kemudian disedari pengasuh yang akhirnya menyerang Rabiah.

Bukan seorang diri tetapi membawa bersama-sama suami untuk menyerang ibu kanak-kanak tersebut.

Video pergaduhan di antara mereka berdurasi 10 minit 44 saat semakin tular menyaksikan pertikaian pasangan itu terhadap perbuatan Rabiah yang menyebarkan gambar lebam di media sosial.

Rabiah walaubagaimanapun mengaku menyebarkan gambar lebam anaknya kerana si pengasuh menghebahkan kegagalannya membayar upah selama tiga bulan.

Walaubagaimanapun netizen beranggapan kedua-dia belah pihak mempunyai kesalahan masing-masing yang patut dijadikan teladan.

“Kalau ye pon mak budak tu tak bayar upah mengasuh, selesaikan lah guna akal yang waras. Buat malu je terjerit-jerit kat depan rumah orang. Kesian kat budak-budak tu. Nauzubillah,” kata Wufiz Abdul Hamid.

“Dah takde duit nak bayar lepastu tabur fitnah pulak. Dera anak la apa la. Lepastu post kat FB, tah apa-apa. Kalau aku jadi pengasuh tu pun aku datang umah kau tanya depan-depan,” kata Rasua Alleya.

Link video: https://www.facebook.com/kakiviralmalaysia/videos/904723266370939/

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini