NELAYAN yang terjatuh dari botnya di perairan Pulau Puru-Puru, berdekatan Pulau Keniogan, Beluran, Sandakan, petang semalam, ditemui lemas, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 30-an, Mohd Almar, dari Batu Putih, Sandakan ditemui oleh penduduk kampung berhampiran pantai di Pulau Puru-Puru.

Orang awam kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Andree Andrew berkata, sebelum kejadian, lelaki itu dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ke laut, kira-kira 3 petang, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan menangkap ikan bersama rakannya di perairan Pulau Puru-Puru.

“Rakan mangsa kemudian melaporkan kehilangan lelaki itu, pada 8.20 pagi, hari ini.

“Susulan itu, operasi mencari mangsa digerakkan sebelum mayat lelaki itu ditemui berhampiran Pulau Puru-Puru, 1.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi.

Andree berkata, mayat dibawa ke jeti di Beluran, seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini