Solat subuh lebih baik daripada beratur 2-6 pagi demi kasut RM1,150

0
22

 

Daripada menunggu awal pagi sanggup beratur demi membeli kasut ribuan ringgit, netizen menasihatkan agar lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di salah sebuah pusat membeli belah baru-baru ini agar mengubah diri menunjukkan kegigihan untuk menunaikan ibadah.

Waktu solat subuh adalah masa yang sama dengan penantian daripada pukul 2 pagi sehingga 6 pagi, sepatutnya ia digunakan untuk melakukan perkara yang berfaedah, kata Noor Al Ashifa.

“Kasut RM1150 sanggup beratur ari 2 pagi… Hahahhahahahaha… Apasal lah korang jantan-jantan ni tak sibuk-sibuk beratur kat masjid dari jam 2 pagi untuk solat subuh jam 5 pagi eik…Kan lagi bagus…,” katanya.

Bagi Mechman Suhari pula, ketaksuban yang keterlaluan terhadap sesuatu barangan menjadi punca kepada tindakan di luar kawalan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada diri sendiri apabila mengalami kecederaan.

“Beratur dari dua pagi, harga beribu, solat subuh belum tentu lagi , bergaduh, patah hidung, bengkak mata, kes polis…gara-gara barang untuk letak di kaki….kenapa tak kepala otak aje letak kat kaki?,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial vidoe mengenai pergaduhan sekumpulan lelaki dengan seorang lagi lelaki yang dipercayai cuba memotong barisan menunggu kedai kasut buka demi membeli kasut berhargai RM1150.

Walaupun telah ditegur namun, lelaki itu pada mulanya degil dan enggan beralah walaupun kesalahan berpihak kepadanya sehingga mengakibatkan pergaduhan semakin meruncing dan lelaki tersebut ditumbuk.

Link video: https://www.facebook.com/OhlalaPortalonline/videos/909845505842840/

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini