“KALAU mereka tak puas hati, hantar petisyen dan piket depan Sri Pentas. Saya tak rugi apa-apa pun,” kata Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 39.

Penyanyi rap popular itu meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter selepas netizen mula mempertikai lagu ciptaan dan nyanyiannya, Amboi dipilih ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL).

Altimet juga tidak kisah melayan komen netizen kerana suka jika masyarakat bercakap mengenainya.

“Saya terbuka jika ada yang tidak puas hati. Lagi pun ia juga strategi pemasaran untuk saya supaya sentiasa diberi perhatian,” katanya.

ADVERTISING

Kata Altimet, dia sudah lali dengan situasi itu sejak menceburi dunia muzik hampir 10 tahun lalu.

Amboi juga adalah karya keempatnya berjaya ke AJL manakala lagu sebelum ini, Kalau Berpacaran, Kalau Aku Kaya dan Not For Sale berjaya ke AJL28 dan AJL30.

hmetro

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini