PERUNTUKAN RM165 ribu akan digunakan bagi membaik pulih 41 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang rosak ekoran bencana banjir yang melanda Pulau Pinang minggu lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, peruntukkan itu akan digunakan bagi membaiki atau menaik taraf premis tabika yang terjejas termasuk mengecat dan membaiki peralatan yang rosak di situ.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya juga akan mendapatkan senarai kemudahan yang rosak ekoran banjir di Pulau Pinang termasuk jalan kampung, dewan orang ramai dan surau bagi tujuan baik pulih.

“Saya sudah meminta pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) agar mendapatkan senarai kemudahan yang rosak di kampung mereka.

“Kerosakan kemudahan lain selain tabika KEMAS akan dibaik pulih dan diberi bantuan,” katanya pada sidang media selepas Aktiviti Gotong Royong dan penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Tabika Permatang Rawa di sini, tadi.

hmetro

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini