HUJAN lebat berterusan melebihi dua jam, menyebabkan 23 mangsa daripada 10 keluarga di Sri Gading, Batu Pahat, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dewan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Lorong Telekom, 4 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, mangsa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan air dari sistem perparitan yang berdekatan dengan kawasan perumahan masing-masing di Lorong Budin kilometer 31.5 Jalan Batu Pahat- Air Hitam.

“PPS dibuka di dewan Pusat Dalam Komuniti (PDK) Lorong Telekom 4 pagi hari ini dan 10 keluarga terdiri daripada tujuh wanita, seorang kanak-kanak perempuan, lapan lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU).

“Pemantauan paras air di teruskan oleh semua pihak di lokasi berikutan cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini