KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuatkuasa 13 Disember depan.

 

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad, melalui satu kenyataan, berkata mendahului senarai ialah Senior Asisten Komisioner Hashim Ali.

 

“Beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman.

 

“Sementara penyandang jawatan berkenaan, Senior Asisten Komisioner Dr Zainal Abidin Sabtu menggantikan Hashim sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kontinjen Kedah.

 

“Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Dennis Lim Kwan Keng pula dilantik sebagai ACP (D1) Kawalan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini