PELAKON, pengarah dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 46, menafikan bercinta dengan model dari Brazil, Amdressa Galvao.

Katanya, wanita itu kawan lamanya dan mereka bertemu kembali baru-baru ini.

“Takkan benda macam ini pun nak dijadikan cerita. Dia kawan lama saya dan baru-baru ini kami berjumpa. Kami hanya minum kopi bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Berita itu tersebar selepas netizen mula meninggalkan komen di Instagramnya apabila Hans memuat naik gambarnya bersama Amdressa.

Hans tidak mengulas lanjut atau menjawab komen-komen yang ditinggalkan peminatnya di laman sosial itu.

“€œAkaun Instagram saya memang terbuka untuk umum dan semua orang boleh menulis komen yang mereka mahu.

€œKalau ia berbaur negatif atau menimbulkan pergaduhan, saya akan padam komen itu,” katanya.

Gambar yang dimuat naik Hans di Instagramnya petang Selasa itu disertakan dengan kapsyen berbunyi:

“Aneh cara dunia bekerja. Lapan tahun lalu kami terpisah di tempat berbeza dan hanya berkomunikasi menggunakan emel. Kini, kami bertemu semula di Kuala Lumpur dan minum kopi bersama.

“Diharap, ia tak akan mengambil masa lapan tahun lagi untuk kita bertemu semula @andressagalvaob,” katanya.

Ia menerima lebih 4,000 ‘like’ serta hampir 100 komen daripada peminat.

Hans pernah bertunang dengan Gabrielle Robinson pada 29 Februari lalu dan sepatutnya berkahwin pada 29 Julai.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka ditunda tetapi pada 30 Oktober lalu, Hans mengumumkan perkahwinan serta pertunangannya dibatalkan.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini