Kerap terkencing, ibu sembur muka anak dengan racun nyamuk

0
8

Seorang ibu tunggal berusia 30 tahun di Jakarta Barat yang hanya dikenali sebagai NW, ditahan selepas didapati telah menyeksa anak lelakinya, GW, berusia lima tahun sehingga mati.

Difahamkan, suspek berang mangsa kerap terkencing dalam seluar sejak beberapa bulan yang lalu sehingga menyebabkan tilam basah.

Berita itu kemudiannya tersebar meluas.

“Suspek berang dan kemudian menghukum mangsa dengan cara yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan nyawa,” kata Ketua Polis Jakarta Barat, Roycke Langie dipetik sebagai berkata.

Berdasarkan pengakuan suspek, mangsa telah mati akibat menggenakan hukuman yang keterlaluan ke atas anaknya iaitu dengan menyembur muka mangsa dengan penyembur racun nyamuk, kemudian meletakkan beg plastik berwarna merah di atas kepala mangsa bagi menghentikannya dari terus menangis.

Selepas mangsa tidak sedarkan diri, suspek segera membawa anaknya itu ke hospital berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia.

Suspek kemudian ditahan polis dan mengaku telah membunuh anak lelakinya itu.

Polis juga percaya, mangsa seringkali diikat oleh ibunya kerana siasatan awal menemui kesan-kesan kecederaan seperti diikat pada tubuh badan mangsa.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini