‘Kak, tolong jaga anak saya’

0
15

“KAKAK, tolong jaga anak saya.” Itulah nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan lelaki yang ditemui mati tergantung pada tali kipas siling dalam bilik tidur rumahnya di Kampung Jalan Besar, Tanjung Piandang, Parit Buntar, hari ini.

Cheah Mooi Houa, 54, yang berasal dari Kuala Kurau, ditemui mati oleh keluarganya, pasa kira-kira 11 pagi.

Adik mangsa, Cheah Mooi Weng, 40, berkata mangsa adalah bekas pemilik kedai makanan laut dan menetap sementara di rumah keluarganya.

Menurutnya, mangsa kebiasaannya akan bangun awal pagi.

Namun, katanya, mereka sekeluarga dikejutkan dengan penemuan mangsa dalam keadaan menyedihkan.

“Anak saya pergi memanggilnya untuk keluar dari bilik. Namun panggilan tidak bersahut.

“Saya pun segera ambil kunci pendua bilik tidur abang untuk membukanya dan terkejut mendapati dia berada dalam keadaan tergantung,” katanya ketika ditemui di Hospital Parit Buntar.

Menurutnya, dia turut terkejut apabila mangsa ada meninggalkan nota berkenaan.

“Mendiang hanya mempunyai satu-satunya anak perempuan. Ketika ini, anak perempuannya yang berusia 17 tahun itu sedang belajar di sekolah menengah dan dijaga kakak kami di Pantai Remis,” katanya.

Mooi Weng berkata, mendiang tidak meneruskan perniagaan diusahakan atas masalah kesihatan dan sering menyendiri di rumah.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini