Jangan biar anak solat sendirian

0
9

Kesempurnaan seorang kanak-kanak perempuan dalam menunaikan solat maghrib nyata telah menyentuh hati seorang wanita.

Radhiya Raihana menerusi postingnya beberapa hari yang lalu berkata perjumpaan tanpa disengajakan dengan kanak-kanak itu ketika menunaikan solat Maghrib di selah sebuah stesen minyak membawa seribu makna dalam hidupnya.

Tata terbik kanak-kanak  yang dilihatnya sebaya dengan anaknya beribadat itu menjadikannya mengingati dirinya sewaktu kecil.

“Saya singgah sebentar di stesen Petronas maghrib tadi untuk dirikan solat maghrib. Selesai saja solat tengah pakai tudung, ada seorang anak kecil yang sebaya dengan anak saya, Rara, masuk ke dalam surau. Dia cabut stokin dan tudung, terus berwudhuk. Kemudian dia pakai semula tudung dan stokin, bersedia nak solat. Saya sempat berbuat seketika dengan dia,” katanya.

Radhiya dalam pada itu mengagumi ibu bapa kanak-kanak yang sempat dibawanya berbual itu kerana sudah berjaya mendidik anak untuk mengutamakan solat di usia muda.

“…Tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak ini yang mendidikan anak mereka menegakkan tiang agama. Semoga Allah kurniakan petunduk dan hidayahNya kepada kita semua,” ujarnya.

Walaubagaimanapun keberanian kanak-kanak itu menunaikan solat maghrib di stesen minyak tanpa tidak diiringi oleh ibu atau penjaganya tidak disetujui Radhiya kerana  aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian.

“Walau bagaimanapun, adalah lebih baik si ibu menemani anaknya sehingga ke dalam surau atau di depan pintu surau. Ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan banyak kes yang tidak diingini berlaku. Semoga kita semua dipelihara di bawah lindungan dan rahmatNya,” tambahnya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini